X

Kindly register in order to view this article
!

Bayi berbalut tuala ditinggal dalam kebun sawit

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

BATU PAHAT - Seorang bayi perempuan yang berbalut dengan tuala ditemui masih hidup di sebuah kebun kelapa sawit di Sri Gading dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 4.30 petang berkaitan penemuan bayi itu.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati bayi perempuan itu dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih mempunyai tali pusat yang belum dipotong.

“Pihak polis kemudian membawa bayi berkenaan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) dekat sini untuk mendapatkan rawatan lanjut. Bayi itu kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azhan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan ibu bapa kepada bayi berkenaan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi.

Orang ramai yang mengetahui atau mempunyai maklumat kes terbabit boleh berhubung dengan Balai Polis berhampiran atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Batu Pahat di talian 07-4363452. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!