Pengurus kilang didenda RM4,500

Noor Nadiah (kanan) di luar mahkamah bagi urusan menjelaskan bayaran denda yang dikenakan.
Noor Nadiah (kanan) di luar mahkamah bagi urusan menjelaskan bayaran denda yang dikenakan.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pengurus kilang ais didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret, hari ini kerana gagal mematuhi sembilan Notis Menghapuskan Bahaya Kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan.

Tertuduh, Noor Nadiah Fauzi, 33, didenda selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret, Mohd Izzuddin Mohd Shukri.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di kilang ais Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini, pada jam 12.30 tengah hari pada 23 Mei 2018.

Tertuduh mengaku gagal mematuhi Notis Menghapuskan Bahaya Kebakaran termasuklah antaranya tidak menyediakan sistem salur bantu mula, pam sistem semburan automatik yang tidak berfungsi dan pili bomba yang tidak berfungsi.

Artikel Berkaitan: