Aliran trafik di semua lebuh raya lancar pagi ini

Aliran trafik di semua lebuh raya menuju ke Lembah Klang lancar setakat pagi ini. Gambar hiasan
Aliran trafik di semua lebuh raya menuju ke Lembah Klang lancar setakat pagi ini. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di semua lebuh raya menuju ke Lembah Klang lancar setakat pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, keadaan dijangka mula sesak menjelang tengah hari hingga ke malam ini berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas tamat cuti persekolahan dan cuti umum berganda.

"Pengguna dinasihatkan memandu berhati-hati susulan hujan di beberapa kawasan antaranya di Lembah Klang dan di bahagian selatan," ketika dihubungi Bernama.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya merancang waktu perjalanan masing-masing bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!