80 stesen kuarantin Covid-19 di Johor

Antara premis milik swasta yang dijadikan pusat kuarantin bagi menghadapi wabak Covid-19 di Johor Bahru. Gambar kecil: R Vidyananthan
Antara premis milik swasta yang dijadikan pusat kuarantin bagi menghadapi wabak Covid-19 di Johor Bahru. Gambar kecil: R Vidyananthan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Johor melaporkan sebanyak 80 stesen kuarantin sudah diwartakan kerajaan negeri sehingga semalam bagi menghadapi wabak koronavirus (Covid-19).

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 22 stesen kuarantin sudah diaktifkan dengan kapasiti seramai 3,296.

"Setakat ini seramai 1,456 orang ditempatkan di 22 stesen terbabit. Daripada keseluruhan 1,456 penghuni, 1,402 daripadanya dikategorikan sebagai Individu Dalam Pemerhatian (PUS) manakala 54 individu lagi diletakkan dalam kategori Pesakit Dalam Siasatan (PIS).

"Pecahan daripada jumlah keseluruhan 1,456 penghuni, sebanyak 1,161 terdiri daripada orang awam termasuk pekerja Malaysia di Singapura, 150 adalah kumpulan tabligh dan 145 pelajar yang pulang dari Indonesia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengenai perkembangan Covid-19 di negeri ini, beliau berkata, sehingga semalam Jabatan Kesihatan Negeri Johor melaporkan penambahan sebanyak tujuh kes baharu yang menjadikan jumlah keseluruhannya 503 kes tetapi tiada kes kematian baharu direkodkan.

"Saya juga mendapati bahawa purata peratusan terhadap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Johor pada 9 April 2020 menurun sedikit, iaitu 97.25 peratus berbanding 97.34 peratus pada 8 April 2020," katanya.

Artikel Berkaitan: