Econsave bantu lapan keluarga terjejas Covid-19

Devanathan (enam dari kanan) bersama wakil keluarga yang menerima sumbangan khas dari Econsave Cawangan Pokok Sena kelmarin.
Devanathan (enam dari kanan) bersama wakil keluarga yang menerima sumbangan khas dari Econsave Cawangan Pokok Sena kelmarin.
A
A
A

POKOK SENA - Lapan keluarga di sini yang terjejas akibat penularan Covid-19 menerima sumbangan barangan keperluan daripada pasaraya Econsave, kelmarin.

Pengurus Econsave cawangan Pokok Sena, B Devanathan berkata, pemberian sumbangan tersebut bagi meringankan beban penerima selepas tidak dapat keluar bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurutnya, pihaknya dihadiri banyak keluarga yang merayu dan mendakwa masih lagi tidak menerima bantuan mana-mana pihak sehingga terputus bekalan makanan.

"Bantuan khas kepada lapan keluarga ini diberikan selepas kami membuat semakan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi mengesahkan keadaan sebenar mereka.

"Lapan keluarga tersebut menerima barang sumbangan seperti beras, gula, teh, susu tin, biskut dan minyak masak," katanya kepada Sinar Harian.

Devanathan berkata, sumbangan diberikan merupakan salah satu usaha Econsave membantu masyarakat komuniti yang benar-benar terjejas selepas mendapat pengesahan daripada pihak yang bertanggungjawab.

"Pengesahan itu dilakukan bagi mengelakkan mereka menerima bantuan yang sama seperti daripada badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Artikel Berkaitan: