MAIWP sumbang PPE kepada Nadma

Zulkifli (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan itu kepada Redzuan untuk kegunaan patugas barisan hadapan.
Zulkifli (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan itu kepada Redzuan untuk kegunaan patugas barisan hadapan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyerahkan sumbangan peralatan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dengan peruntukan sebanyak RM5.05 juta.

Difahamkan, penyerahan sumbangan itu adalah bagi kegunaan anggota petugas barisan hadapan yang berkhidmat semasa penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Penyerahan peralatan PPE itu adalah meliputi Disposable 3–Ply Mask sebanyak 3 juta keping, Non Contact Infrared Thermometer sebanyak 500 unit dan cecair pembasmi kuman sebanyak 2,500 botol.

Sumbangan itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Dalam pada itu, sehingga 8 April lalu, MAIWP telah meluluskan peruntukan khas zakat sebanyak RM34.41 juta bagi membantu asnaf, pihak yang terjejas dan memerlukan bantuan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Artikel Berkaitan: