Mayat Nur Izzati ditemui 500 meter dari lokasi dilapor hilang

Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu ditemukan meninggal dunia hari ini.
Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu ditemukan meninggal dunia hari ini.
A
A
A

HULU SELANGOR - Remaja perempuan yang dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa di sini ditemukan meninggal dunia hari ini, kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 11.59 pagi di luar laluan pendakian.

Mangsa, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan kebun berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang.Foto JBPM
Mangsa, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan kebun berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang.Foto JBPM

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung Malim

Nur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km persegi

Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Azliza Ahmad (kiri) melihat peta lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pos Kawalan Bomba di Bukit Changkat Asa di Tanjong Malim. Foto Bernama.

Polis teliti faktor luaran kes remaja sesat di Bukit Changkat Asa

Artikel Berkaitan:

'Masih bernyawa atau tinggal jasad, kami harap Nur Izzati ditemui' - Bapa

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, ACP Ibrahim Husin (tengah) bersama pasukan keselamatan meninjau sekitar lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Bukit Changkat Asa di Tanjong Malim hari ini.
Nur Izzati Humaira Azizul, 19, dipercayai tersesat pada 10.50 pagi Sabtu lepas ketika menuruni bukit bersama-sama keluarganya selepas mengambil keputusan untuk berjalan sendirian supaya sampai lebih awal kerana berasa panas dan penat. Foto Bernama.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, ACP Ibrahim Husin (tengah) bersama pasukan keselamatan meninjau sekitar lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Bukit Changkat Asa di Tanjong Malim hari ini. Nur Izzati Humaira Azizul, 19, dipercayai tersesat pada 10.50 pagi Sabtu lepas ketika menuruni bukit bersama-sama keluarganya selepas mengambil keputusan untuk berjalan sendirian supaya sampai lebih awal kerana berasa panas dan penat. Foto Bernama.

Beliau berkata, lokasi penemuan mangsa juga berada kira-kira satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

“Pasukan SAR mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membawa mayat mangsa ke PKTK menggunakan pengusung,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat. Foto JBPM
Mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat. Foto JBPM

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.

Operasi SAR yang memasuki hari keempat itu disambung semula pada pukul 8 pagi tadi selepas dihentikan pada 6.30 petang semalam, melibatkan pelbagai agensi keselamatan.

 Nur Izzati Humaira
Nur Izzati Humaira

Terdahulu, Nur Izzati Humaira dipercayai tersesat pada 10.50 pagi Sabtu lalu ketika menuruni bukit bersama keluarganya selepas mengambil keputusan berjalan sendirian kerana berasa panas dan penat. - Bernama 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!