Maqis rampas tiga kontena sekoi dari AS

Sekoi bernilai RM132,621 ditemui dalam tiga buah kontena yang dibawa masuk dari Amerika Syarikat tanpa mempunyai permit import sah daripada Maqis.
Sekoi bernilai RM132,621 ditemui dalam tiga buah kontena yang dibawa masuk dari Amerika Syarikat tanpa mempunyai permit import sah daripada Maqis.
A
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas 61,200 kilogram sekoi di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Pulau Pinang di sini pada 23 Mac lalu.

Pengarahnya, Zarina Ramli berkata, white proso millet (sekoi) bernilai RM132,621 itu ditemui dalam tiga buah kontena yang dibawa masuk dari Amerika Syarikat tanpa mempunyai permit import sah daripada Maqis.

Menurutnya, sekoi adalah bahan yang sering digunakan untuk dijadikan sebagai makanan haiwan dan juga diproses untuk dijadikan kegunaan makanan manusia.

"Cubaan membawa masuk bahan ini tanpa mendapat kebenaran daripada Maqis adalah satu kesalahan.

Sekoi yang dirampas di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Pulau Pinang pada 23 Mac lalu.
Sekoi yang dirampas di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Pulau Pinang pada 23 Mac lalu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. Sekiranya disabit kesalahan, pihak terlibat boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 11(3) Akta yang sama," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Maqis akan sentiasa menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk bagi mengekang sebarang kemasukan perosak, penyakit dan bahan cemar yang boleh menjejaskan industri pertanian dalam negara.

Artikel Berkaitan: