[VIDEO] Laporan solat Jumaat diteruskan bertarikh 8 April palsu!

SHAH ALAM - Sinar Harian menafikan penularan tangkap layar artikel berhubung solat Jumaat tetap diteruskan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bertarikh 8 April.
Gambar tangkap layar laporan tersebut sebenarnya ialah tarikh yang terdapat pada laman web rasmi Sinar Harian.
Bagaimanapun, gambar itu disebarkan menerusi media sosial dan aplikasi WhatsApp seolah-olah ia adalah laporan berita yang baru diterbitkan.
Sebenarnya laporan tersebut adalah berita yang disiarkan pada 12 Mac lalu sebelum kerajaan mengeluarkan arahan PKP.
ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Solat Jumaat tetap diteruskan
Sehubungan itu, Sinar Harian berharap orang ramai tidak terkeliru dengan laporan sebenar dan gambar tangkap layar yang sengaja disebarkan itu.
Pernyebaran berita palsu ini adalah tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.
Sementara itu, Sinar Harian meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengheret penyebar berita palsu ini ke muka pengadilan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Torehan tebuk bantu pekebun kecil kutip hasil getah ketika musim tengkujuh
03 November 2026 08:22pmBaki Wang Tak Dituntut RM14 bilion, ada pemilik tidak sedar hak mereka
03 November 2026 07:41pmKerajaan peruntuk lebih RM200 juta untuk sambungan ECRL ke Rantau Panjang
03 November 2026 06:13pmMMA persoal hala tuju kerajaan tangani isu vape
03 November 2026 06:02pmLelaki maut diserang, ditetak sekumpulan individu
03 November 2026 12:46pmSelepas tiga hari, jasad suami ditemui bawah pam menyedut pasir
03 November 2026 03:56pmRemaja rogol anak saudara usia 12 tahun hingga hamil diperintah ke Henry Gurney
03 November 2026 05:18pm'Kami sudah kehabisan masa' - Mesej terakhir kru pesawat sebelum terhempas
03 November 2026 11:17am- Iklan -- Iklan -
