Genjatan senjata Iran-AS dilanjutkan 60 hari

MOSCOW - Pelanjutan gencatan senjata selama 60 hari antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran boleh membuka peluang mengelakkan peningkatan konflik lebih lanjut, lapor Agensi Berita Rusia (TASS) yang memetik utusan khas presiden Rusia dan Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF), Kirill Dmitriev.
"Dunia memerlukan keamanan untuk mengelakkan kemusnahan besar yang tidak boleh dipulihkan,” kata utusan khas itu dalam bahasa Inggeris di laman X ketika mengulas laporan yang AS dan Iran hampir mencapai persetujuan untuk melanjutkan gencatan senjata selama 60 hari.
Sebelum ini, akhbar Financial Times melaporkan dengan memetik sumber, yang kedua-dua pihak sedang mengusahakan kerangka kerja bagi membincangkan program nuklear Teheran.
Menurut akhbar itu, perjanjian berkenaan mungkin merangkumi pembukaan semula Selat Hormuz secara berperingkat serta pemusnahan atau pemindahan simpanan uranium diperkaya milik Iran.
Sebagai balasan, Washington mungkin melonggarkan sekatan terhadap pelabuhan Iran, mengurangkan sekatan ekonomi dan secara beransur-ansur mencairkan aset Teheran di luar negara.- Bernama-TASS
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
