Pecahkan tingkap rumah ibu, lelaki didenda RM500

Tertuduh dijatuhi hukuman denda RM500 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah memecahkan 12 keping cermin tingkap nako rumah ibunya.
Tertuduh dijatuhi hukuman denda RM500 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah memecahkan 12 keping cermin tingkap nako rumah ibunya.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas merosakkan 12 keping cermin tingkap nako rumah ibunya.

Sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan, tertuduh, Razak Abdullah, 34, diarahkan menjalani hukuman sebulan penjara.

Kesemua keputusan dibuat Majistret Nordiana Abd Aziz selepas pengakuan bersalah tertuduh mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat direkodkan.

Terdahulu, tertuduh didakwa melakukan perbuatan khianat terhadap cermin tingkap nako rumah ibunya, Ngah Junus, 65, di Kampung Telari, Manir, di sini jam 8.30 malam pada 25 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Rathna, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mazlan Md Zein.

Mengikut fakta kes, tertuduh sebelum itu meminta duit daripada kakaknya namun tidak diendahkan menyebabkan tertuduh mengamuk.

Tertuduh turut memecahkan 12 keping cermin tingkap nako membabitkan kerugian RM50 dan beredar meninggalkan rumah sejurus diberikan RM10 oleh wanita itu.

Artikel Berkaitan: