Covid-19: Sinar Harian terima 2,000 topeng muka

Steven (kanan) menyerahkan kotak berisi penutup hidung dan mulut kepada Hashim. - FOTO ASRIL ASWANDI SYUKOR
Steven (kanan) menyerahkan kotak berisi penutup hidung dan mulut kepada Hashim. - FOTO ASRIL ASWANDI SYUKOR
A
A
A

KLANG - ACMAR Group menyumbang 150,000 topeng muka untuk kegunaan petugas barisan hadapan termasuk 2,000 kepada Sinar Harian di Kelab Ekslusif Klang di sini hari ini.

Sumbangan sebanyak 2,000 keping topeng muka itu disampaikan Pengarah Urusan Kumpulan ACMAR Group, Datuk Steven Tee kepada Pegawai Tugas-tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang.

Menurut Steven, ACMAR Group menyumbangkan topeng keselamatan itu selepas melihat warga Sinar Harian bertugas siang dan malam bersama barisan hadapan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Penutup hidung dan mulut (topeng muka) sudah menjadi keperluan harian bagi setiap petugas di barisan hadapan dari pelbagai agensi kerajaan yang berusaha memerangi wabak koronavirus (Covid- 19).

"ACMAR Group terpanggil untuk membantu kerajaan dengan menghulurkan sumbangan topeng keselamatan itu sebanyak 150,000 keping kepada petugas termasuk kepada Sinar Harian.

"Selain itu, kita turut menyumbang kepada penduduk di sekitar Bandar Baru Klang bagi melindungi ketua keluarga yang keluar untuk mendapatkan keperluan asas," katanya.

Menurut beliau, ACMAR Group berusaha menyediakan topeng muka itu bagi membantu mereka mengelak daripada terkena jangkitan.

“Kira berusaha mendapatkan bekalan topeng keselamatan itu dan menyumbangkan kepada mereka agar dapat membantu melancarkan tugasan semua petugas yang terlibat di barisan hadapan,” katanya.

Artikel Berkaitan: