X

Kindly register in order to view this article
!

Sabah gerakkan pasukan khas uji sampel pengesanan Covid-19

Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A

KOTA KINABALU - Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menggerakkan satu pasukan khas untuk menjalankan ujian sampel pengesanan koronavirus (Covid-19) di negeri ini bermula semalam.

Pengarahnya, Datuk Dr Christina Rundi berkata, pasukan khas itu memulakan proses berkenaan di Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu.

“Ini hanya dapat dilaksanakan setelah menerima semua kelengkapan makmal yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sementara itu, Dr Christina berkata, terdapat tujuh kes baharu dilaporkan di negeri itu semalam iaitu tiga kes di Keningau, Tambunan (dua) dan masing-masing satu kes di Kota Kinabalu dan Papar.

Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sabah adalah 248 kes setakat semalam. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus