X

Kindly register in order to view this article
!

Tukang gunting terjejas sepanjang PKP

Muhammad Firdaus akui pendapatannya terjejas sepanjang PKP.
A
A

TEMERLOH - Khidmat tukang gunting kini semakin diperlukan tetapi pergerakan yang terhad menghalang mereka untuk bekerja selepas Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

Bagi tukang gunting, Muhammad Firdaus Abdul Rahman, 33, sepanjang PKP pendapatannya terjejas kerana tidak dapat bertemu pelanggan.

"Memang saya banyak menerima permintaan sejak PKP tetapi tidak berani mengambil risiko kerana bimbang wabak koronavirus (Covid-19).

"Ada yang sanggup menawarkan upah tinggi tetapi saya terpaksa tolak," katanya kepada Sinar Harian.

Dia yang menceburi bidang tersebut sejak enam tahun lalu bergantung pada wang simpanan yang ada selain bantuan pihak kerajaan untuk menampung keluarga.

"Saya harap pihak berkuasa dapat memberi kelonggaran kepada kami untuk mendapatkan permit supaya dapat bergerak mencari rezeki dalam tempoh PKP ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus