X

Kindly register in order to view this article
!

Zainol Fadzi kekal penasihat MB Perak

Zainol Fadzi
A
A

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin mengekalkan jawatan sebagai Penasihat Menteri Besar Perak.

Pejabat Menteri Besar Perak dalam satu kenyataan berkata, Zainol Fadzi telah memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu kelancaran pentadbiran kerajaan negeri selama 20 bulan sebelum ini.

Menurutnya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masih memerlukan khidmat Zainol Fadzi bagi memberi nasihat dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri yang baharu dibentuk.

"YAB Menteri Besar yakin dan percaya, Datuk Zainol Fadzi akan terus memainkan peranan yang berkesan dalam membantu jentera pentadbiran kerajaan negeri untuk menghadapi pelbagai cabaran sosial dan ekonomi akibat ancaman kesihatan awam susulan penularan pandemik Covid-19," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Zainol Fadzi yang juga Setiausaha Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Perak sebelum ini dilantik sebagai Penasihat Menteri Besar Perak ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir Perak.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Zainol Fadzi bersama ADUN Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi mengumumkan keluar daripada UMNO dan menyokong pembentukan kerajaan PH di Perak yang ketika itu tidak mempunyai majoriti membentuk kerajaan.

Zainol Fadzi kemudiannya mengumumkan penyertaan ke dalam Bersatu manakala Nolee Ashilin menjadi wakil rakyat bebas.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus