Nelayan akur walau pendapatan terjejas

Peraih perlu mematuhi syarat dan peraturan baharu selain berada di belakang garisan kuning untuk proses jual beli ikan.
Peraih perlu mematuhi syarat dan peraturan baharu selain berada di belakang garisan kuning untuk proses jual beli ikan.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Syarat kemasukan peraih diperketatkan di Pasar Bisik Kuala Muda mengakibatkan pendapatan nelayan terjejas dan peraih berkurangan sebanyak 50 peratus.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Muda, Mohamad Kamal Abidin berkata, walaupun urusniaga dilakukan seperti tetapi syarat ketat memberi kesan terhadap golongan nelayan dan menjejaskan pendapatan mereka.

Menurutnya, peraih perlu mengemukakan surat kebenaran, tawaran jual beli secara terbuka (tiada konsep bisik), penjarakkan sosial serta langkah pencegahan lain yang dipantau pihak berkuasa.

"Hanya peraih yang berdaftar atau mempunyai surat kebenaran sahaja dibenarkan masuk, akibat itu bilangan peraih telah berkurangan sejak peraturan baharu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Pasar Bisik Kuala Muda," katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, katanya, nelayan tetap akur dengan arahan terbabit dalam usaha mengelak dari berlakunya penularan koronavirus (Covid-19) di lokasi tumpuan ramai itu.

"Penjualan hasil tangkapan nelayan terjejas kerana sebelum ini ramai peraih dan tawaran menjual ikan boleh dibuat lebih tinggi. Bagaimanapun kami tetap akur dengan keputusan kerajaan.

"Kami, golongan nelayan menerima ketetapan keputusan Majlis Keselamatan Negara dan sehingga kini saya rasa tiada masalah untuk nelayan jual hasil tangkapan mengikut syarat yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata, nelayan juga menerima sistem bisik harga ikan dihentikan buat sementara untuk kebaikan bersama mencegah Covid-19.

Artikel Berkaitan: