Reset negara perlu niat, cara berfikir betul – Saifuddin

Sinar Harian melaporkan Saifuddin memetik pandangan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mengingatkan bahawa agenda ‘reset’ perlu dilaksanakan dengan niat yang betul.
Sinar Harian melaporkan Saifuddin memetik pandangan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mengingatkan bahawa agenda ‘reset’ perlu dilaksanakan dengan niat yang betul.
A
A
A

KUANTAN – Usaha melakukan ‘reset’ atau penetapan semula hala tuju negara perlu dilaksanakan dengan niat dan cara berfikir yang betul.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, reset bukannya pelaksanaan biasa tetapi usaha pembinaan semula yang mesti berasaskan niat yang betul, pemikiran jernih dan falsafah kukuh.

"Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengingatkan supaya reset dilaksanakan dengan niat dan mindset yang betul.

"Reset menilai, menyaring dan memilih segala kekuatan daripada semua itu, lalu menggunakannya dengan optimum," katanya dalam satu kenyataan melalui rakaman video di Facebook milik beliau.

Saifuddin turut menjelaskan, kerana itu, reset akan membangunkan pemikiran reset yang berorientasikan dasar.

Ujarnya, Ia bertujuan menggubal dasar-dasar utama negara, pembangunan ummah dan juga politik dunia.

"Ia mesti bersendikan ilmu, menggunakan pendekatan tempatan atau 'Manhaj Malaysia', termasuk tafsiran-tafsiran baru maqasid syariah dan membina disiplin-disiplin alternatif.

"Paling utama, mesti ada kerjasama erat antara pimpinan dan ilmuwan," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Saifuddin memetik pandangan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mengingatkan bahawa agenda ‘reset’ perlu dilaksanakan dengan niat yang betul ke arah Malaysia yang lebih baik dan ia wajib bermula dengan niat yang ikhlas kerana ALLAH.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!