Pengerusi Perkeso letak jawatan

Zakri Khir
Zakri Khir
A
A
A

KUALA LUMPUR – Allianz Malaysia Berhad mengesahkan laporan bahawa Zakri Khir telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Zakri yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan pagi ini berkuat kuasa serta-merta mulai 7 April 2020.

“Saya telah dilantik oleh Majlis Penasihat Kerajaan untuk mengemudi Perkeso sebagai Pengerusi pada 8 Oktober 2018 berdasarkan pengalaman saya dalam industri insurans. Saya melihat ini sebagai peluang berkhidmat untuk negara. Tetapi dengan mana-mana kerajaan baharu, perubahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan pada hemat saya, perkhidmatan saya kini tidak lagi diperlukan.

"Saya telah melakukan yang terbaik dan saya sangat bersyukur atas segala sokongan dan peluang yang telah diberikan untuk berkhidmat dengan kerajaan selama 16 bulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zakri dilantik menjadi Pengerusi Perkeso pada 8 Oktober tahun lalu menggantikan Tan Sri Dr Aseh Che Mat sebelum itu.

Beliau memiliki pengalaman selama 30 tahun dalam sektor insurans dan pengurusan portfolio, adalah rakyat Malaysia pertama yang dilantik sebagai Ketua Pengurus Negara di Allianz Malaysia Berhad.

Artikel Berkaitan: