Yayasan Raja Zarith Sofea sumbang PPE di empat hospital

Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor menyumbangkan peralatan PPE untuk kegunaan petugas perubatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru hari ini.
Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor menyumbangkan peralatan PPE untuk kegunaan petugas perubatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) menyumbangkan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada empat hospital di Johor untuk kegunaan petugas-petugas barisan hadapan menangani wabak koronavirus (Covid-19).

Sebanyak 1,050 unit PPE berjumlah RM150,000 disampaikan kepada hospital-hospital berkenaan iaitu Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebanyak 400 unit, Hospital Sultan Ismail (250 unit), Hospital Permai (150 unit) di Johor Bahru manakala Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di Kluang menerima 250 unit PPE.

Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor menyumbangkan peralatan PPE untuk kegunaan petugas perubatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru hari ini.
Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor menyumbangkan peralatan PPE untuk kegunaan petugas perubatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru hari ini.

Dana itu merupakan sebahagian daripada sumbangan RM1 juta yang diterima YRZSNJ minggu lalu daripada Yayasan Amal Ng Teng Fong (NTFCF) di Singapura bagi membantu Malaysia membendung penularan wabak berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ, Hishamuddin Abdul Rahim berkata, bantuan lain akan disalurkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan bagi membantu pasukan petugas barisan hadapan.

Sebelum ini, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bertitah, sebahagian besar sumbangan itu berperanan penting untuk digunakan bagi memperoleh segala keperluan perlindungan bagi petugas perubatan barisan hadapan dan mesin perubatan bagi hospital di seluruh Malaysia.

Artikel Berkaitan: