Al-Qalam agih makanan ‘frontliner’ selama dua minggu

Baharudin (kiri) ketika menyampaikan sumbangan makanan bermasak kepada anggota bomba.
Baharudin (kiri) ketika menyampaikan sumbangan makanan bermasak kepada anggota bomba.
A
A
A

PUCHONG - Memahami pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertugas ketika negara berdepan penularan wabak koronavirus (Covid-19), Pertubuhan Sentuhan Kasih Al Qalam Malaysia (Al-Qalam) tampil memberi bantuan makanan kepada golongan itu.

Presiden Al-Qalam, Datuk Seri Dr Baharudin Abu berkata, pihaknya mengagihkan makanan yang telah dimasak selama 14 hari kepada anggota di beberapa balai polis, balai bomba, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Selangor dan Perak.

Menurutnya, sumbangan makanan tersebut adalah hasil perkongsian rezeki daripada pesakit yang mendapatkan rawatan daripada pusat rawatan perubatan tradisional diusahakannya.

“Kami faham dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, banyak kedai makan yang tutup dan sebagainya.

“Sebagai bekas anggota polis, saya memahami tugas kakitangan barisan hadapan dan sumbangan ini adalah bagi meringankan beban yang digalas di bahu mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Baharudin berkata, sumbangan itu diagihkan di IPD Subang Jaya, IPD Serdang, Balai Polis Puchong Jaya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, BBP USJ dan IPD Ipoh.

Katanya, makanan yang siap dimasak akan diagihkan selama 14 hari, makanan kering pula diberi secara ‘one-off’.

“Semoga ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka sekaligus sebagai motivasi kepada anggota bertugas,” katanya.

Artikel Berkaitan: