Suhaimi Sulaiman syukur dapat bayar gaji staf

Tangkap layar ciapan Suhaimi mengenai rasaya syukurnya kerana dapat terus membayar gaji pekerjanya dalam sistuasi PKP sekarang.
Tangkap layar ciapan Suhaimi mengenai rasaya syukurnya kerana dapat terus membayar gaji pekerjanya dalam sistuasi PKP sekarang.
A
A
A

SHAH ALAM - Personaliti dunia penyiaran, Suhaimi Sulaiman bersyukur kursus latihan secara dalam talian yang dilakukan mendapat sambutan daripada rakyat tempatan di luar negara sekali gus membolehkan beliau dapat terus membayar gaji semua kakitangannya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.

Suhaimi yang juga usahawan berkata, sejak PKP dikuatkuasakan 18 Mac lalu untuk menghentikan penularan pandemik koronavirus (Covid-19), beliau risau akan hilang pendapatan daripada perniagaan yang diusahakannya iaitu hostel 'backpakers', kafe, butik dan khidmat latihan.

Menurut ahli strategi media itu, situasi PKP itu membuatkan dirinya terpaksa lebih kreatif untuk menjana pendapatan termasuk menawarkan khidmat latihan secara dalam talian.

"Saya buat latihan dalam talian dan melakukan penghantaran makanan secara pukal kepada orang yang buat perkhidmatan penting (essential services).

"Syukur kerana latihan yang saya kendalikan menerima sambutan peserta tempatan dari luar Malaysia dan saya boleh bayar gaji staf," katanya dalam ciapan menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

Poster latihan online yang ditawarkan Suhaimi elepas PKP dikuatkuasakan sebagai usaha beliau untuk terus menjana pendapatan demi kebajikan pekerjanya.
Poster latihan online yang ditawarkan Suhaimi elepas PKP dikuatkuasakan sebagai usaha beliau untuk terus menjana pendapatan demi kebajikan pekerjanya.

Konsultan di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) itu mempunyai seramai 10 orang pekerja keseluruhannya termasuk di tempat penginapan 'backpackers', Hostel Melaka yang terletak di Jalan Bunga Raya, Melaka.

Suhaimi menawarkan kursus secara dalam talian membabitkan latihan media untuk jurucakap, penjenamaan peribadi untuk pemimpin dan latihan kepada mereka yang mahu menjadi bintang televisyen dan penyampai video.

Artikel Berkaitan:

Ciapan beliau itu mendapat banyak respon positif daripada netizen termasuk ada yang menyifatkan walaupun pandemik Covid-19 menyebabkan beberapa bisnes terjejas, namun rezeki tetap diperoleh menerusi cara yang berlainan.

Sebelum PKP bermula, Suhaimi juga meluahkan beliau tertekan dengan situasi ekonomi semasa yang menimpa dirinya namun tidak sanggup untuk meminta pekerjanya bercuti tanpa gaji.

"Saya usahakan kafe, hostel 'backpackers' dan butik. Saya ada 10 pekerja.

"Saya tak sampai hati nak beritahu mereka 'kamu harus ambil cuti tanpa gaji'. Mana dia orang nak cari duit?," soalnya di Instagramnya pada 17 Mac lalu.