Putrajaya, Jasin dan Rembau disenarai zon merah

Jumlah pecahan kes mengikut negeri dan daerah setakat 6 April.
Jumlah pecahan kes mengikut negeri dan daerah setakat 6 April.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan pertambahan tiga lagi kawasan zon merah termasuk Putrajaya.

Menerusi data yang dikeluarkan oleh CPRC, selain Putrajaya, dua lagi kawasan ialah Jasin, Melaka dan Rembau, Negeri Sembilan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kawasan zon merah sebanyak 21.

Berdasarkan data bertarikh 6 April, Jasin merekodkan 42 kes manakala Putrajaya dan Rembau masing-masing 41 kes.

Setakat ini sebanyak 3,793 kes positif Covid-19 di seluruh negara.

Bagaimanapun terdapat empat zon hijau iaitu tidak mempunyai sebarang kes di Semenanjung.

Kawasan tersebut adalah Machang, Kelantan; Yan, Kedah dan Hulu Terengganu, Terengganu serta Kampar, Perak.

Kuching Sarawak turut direkodkan zon merah dengan 174 kes manakala Tawau Sabah mencatatkan 67 kes.

Artikel Berkaitan: