Kranji Lodge diklasifikasi kluster baharu di Singapura

Pekerja asing di Singapura memakai topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga wabak Covid-19 yang kini melanda penempatan asrama mereka di Singapura. - Foto Agensi
Pekerja asing di Singapura memakai topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga wabak Covid-19 yang kini melanda penempatan asrama mereka di Singapura. - Foto Agensi
A
A
A

SINGAPURA - Singapura mengenalpasti satu lagi kluster baharu COVID-19 melibatkan sebuah asrama pekerja asing yang terletak di Kranji Road, semalam.

Tiga kes yang disahkan Covid-19 itu kini melibatkan Kranji Lodge, kata Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan semalam.

Selain Kranji Lodge, terdapat enam lagi asrama yang dikenalpasti sebagai kluster dengan dua telah diwartakan sebagai kawasan pengasingan, iaitu S11 Dormitory @ Punggol di Seletar North Link, dan asrama Westlite Toh Guan di Toh Guan Road East.

Setakat ini, kedua-dua kawasan pengasingan itu menempatkan 19,800 pekerja dengan 117 orang kes positif.

MOH juga berkata republik itu semalam mengenalpasti satu lagi kluster baharu dengan tiga kes disahkan di Little Gems Preschool di Ang Mo Kio Street. -Bernama

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: