'Orang luar jangan buat tuduhan pada Tuanku Muhriz, MB'

Kumpulan dikenali sebagai Sekretariat Sokongan dan Taat Setia kepada Yang di-Pertuan Besar dan Menteri Besar berkumpul di Istana Hinggap bermula jam 8.45 pagi.
Kumpulan dikenali sebagai Sekretariat Sokongan dan Taat Setia kepada Yang di-Pertuan Besar dan Menteri Besar berkumpul di Istana Hinggap bermula jam 8.45 pagi.
A
A
A

SEREMBAN - Lebih 30 orang berhimpun di hadapan Istana Hinggap dan Wisma Negeri di sini pada Khamis bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Kumpulan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Sekretariat Sokongan dan Taat Setia kepada Yang di-Pertuan Besar dan Menteri Besar berkumpul di Istana Hinggap bermula jam 8.45 pagi.

Mereka turut memegang sepanduk berwarna kuning yang antaranya ditulis ayat 'Mendokong DYMM Tuanku Kekal Sebagai YDPB Negeri Sembilan' dan 'Setia Kepada Raja, Setia Kepada Negeri'.

Ketua Sekretariat, Prof Dr Mohd Aluwi Sari kemudiannya menyerahkan memorandum sokongan kepada wakil Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan iaitu Tunku Kecil Muda, Tunku Datuk Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin.

Mereka kemudiannya berjalan ke Wisma Negeri untuk menyerahkan memorandum sama kepada Menteri Besar yang diterima oleh Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Shahir Mohd Shah.

Mohd Aluwi menyerahkan memorandum kepada Datuk Mahmood Fawzy
Mohd Aluwi menyerahkan memorandum kepada Datuk Mahmood Fawzy

Mohd Aluwi berkata, kumpulan itu disertai anak waris dan ibu soko dari semua luak di negeri ini.

Menurutnya, 'orang luar' diminta tidak membuat tuduhan terhadap Tuanku Muhriz dan Aminuddin berhubung krisis yang berlaku di Negeri Sembilan ketika ini.

Artikel Berkaitan:

"Kalau dalam adat ini, orang luar Negeri Sembilan ni janganlah mengadu domba mengenai kemelut yang sedang berlaku.

"Ada orang Melaka bersuara, ada orang Selangor bersuara, ada orang Sarawak bersuara. Saya bukan nak menuduh, saya tengok dalam media sosial semuanya menyalahkan Duli Tuanku dan juga Menteri Besar," katanya.

Beliau berharap, semua ahli DUN sama ada pihak kerajaan atau pembangkang tidak mempolitikkan isu tersebut sehingga ada yang membuat laporan polis menidakkan hak baginda dan Menteri Besar

Sebelum ini media melaporkan, Undang Yang Empat mengisytiharkan pemecatan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!