Ikan lumba-lumba ditemukan mati

Keadaan seekor ikan lumba-lumba yabg ditemukan mati terdampar di Pantai Ban Pecah, hari ini.
Keadaan seekor ikan lumba-lumba yabg ditemukan mati terdampar di Pantai Ban Pecah, hari ini.
A
A
A

PARIT BUNTAR - Seekor ikan lumba-lumba ditemukan mati di Pantai Ban Pecah, berhampiran kawasan Tanjung Piandang di sini hari ini.

Ikan spesis Bottle Nose Dolphin dengan panjang 2.23 meter dan berat 80 kilogram itu ditemui terdampar di atas batu di pantai itu oleh nelayan sekitar jam 12 tengah hari.

Ketua Pangkalan Jabatan Perikanan Kuala Kurau, Nazri Mohd Noh berkata, siasatan dijalankan mendapati, mamalia berkenaan telah mati sejak beberapa hari lalu berdasarkan keadaannya ketika ditemui.

"Punca kematian masih lagi disiasat, bagaimanapun bangkai ikan telah dilupuskan dengan ditanam di kawasan berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: