SPRM siasat wanita agih duit

No Image Caption
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Wanita yang tular gambarnya mengagihkan wang kepada sukarelawan Orang Asli hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam ini.

Menurut sumber, wanita itu tiba di bilik operasi SPRM Tanah Rata, di sini, kira-kira jam 7 malam.

Dia kemudiannya keluar hampir tiga jam kemudian iaitu pada jam 9.50 malam.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Agih wang: Sudah-sudahlah menipu rakyat ]

Sebelum ini, tular di media sosial gambar wanita berkenaan memakai baju berwarna merah dan berlogo PH mengagihkan wang kepada sukarelawan Orang Asli pada hari penamaan calon PRK Cameron Highlands.

Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan mengenai dakwaan politik wang oleh PH.

Bagaimanapun, PH dalam kenyataannya menegaskan wang diagihkan itu merupakan pembayaran balik penampungan kos petrol kepada sukarelawan-sukarelawan mereka.

Veteran DAP, Lim Kit Siang pula berkata, wanita itu dikenali sebagai Vanessa, berketurunan Dusun-Punjabi dari Kota Kinabalu.

Artikel Berkaitan:

Dia menjadi sukarelawan Impian Malaysia sejak 2014 dan ditugaskan menguruskan Orang Asli dari pelbagai kampung yang hadir menaiki motosikal pada hari penamaan calon di Tanah Rata.