Misteri 50 jasad bayi dalam kubur gergasi

Penemuan menggemparkan itu dibuat pada akhir minggu lalu. - Foto Agensi
Penemuan menggemparkan itu dibuat pada akhir minggu lalu. - Foto Agensi
A
A
A

PORT OF SPAIN - Siasatan dilancarkan susulan penemuan kira-kira 50 jasad bayi dan enam orang dewasa di sebuah kubur besar di negara berkembar Pulau Caribbean.

Pihak berkuasa Trinidad dan Tobago mengesahkan, kesemua 56 mayat itu ditemui di sebuah kawasan perkuburan di bandar Cumuto pada akhir minggu lalu.

"Lima daripada jasad orang dewasa itu mempunyai tag pada kaki masing-masing sama seperti yang biasa dilakukan di rumah mayat.

"Dua daripadanya mempunyai tanda parut telah menjalani prosedur bedah siasat," ujar jurucakapnya.

Menurutnya, pihak berkuasa kini berusaha mengenal pasti sumber kesemua mayat tersebut dan jika ada berlaku sebarang pelanggaran undang-undang atau prosedur yang berkaitan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!