Misteri mayat tiga beranak dalam rumah

SITUBONDO - Penduduk di sebuah desa gempar dengan kematian misteri sebuah keluarga.
Mayat pasangan suami isteri bersama anak mereka ditemui dalam rumah keluarga tersebut di Desa Demung, Kecamatan Besuki, Kabupaten Situbondo, Provinsi Jawa Timur di Indonesia pada Ahad lalu.
Siasatan awal mendapati terdapat kesan luka pada beberapa bahagian tubuh tiga beranak tersebut dikenali sebagai Hasyim, 55, Suning, 42, dan Nia, 19.
Mayat pasangan suami isteri itu dijumpai di bilik tidur manakala jasad anak mereka yang masih bergelar mahasiswi ditemui di bilik air.
Polres Situbondo memaklumkan mereka masih menyiasat motif jika kesemuanya menjadi mangsa pembunuhan.
Mayat kesemua mereka telah dihantar ke Rumah Sakit Abdoer Rahem Situbondo untuk prosedur autopsi.
Difahamkan, insiden itu dilaporkan oleh warga setempat yang membuat penemuan mengejutkan itu ketika mahu menghantar barang ke rumah keluarga tersebut. - Agensi
Ringkasan AI
- Penduduk Desa Demung, Situbondo terkejut dengan kematian misteri keluarga Hasyim
- Mayat Hasyim, Suning, dan anak mereka Nia ditemui di rumah mereka, dengan kesan luka pada tubuh
- Pasangan suami isteri ditemui di bilik tidur, anak mereka di kamar mandi
- Polres Situbondo sedang menyiasat motif, menilai kemungkinan pembunuhan
- Mayat dihantar ke Rumah Sakit Abdoer Rahem untuk autopsi, insiden dilaporkan oleh warga setempat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

