Kotak penggera sampel darah bantu makmal hospital

Seorang kakitangan Hospital Kuala Nerang memeriksa sampel darah dengan bantuan kotak penggera yang dihasilkan oleh UniMAP.
Seorang kakitangan Hospital Kuala Nerang memeriksa sampel darah dengan bantuan kotak penggera yang dihasilkan oleh UniMAP.
A
A
A

ARAU - Kotak penggera sampel darah yang dihasilkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya membantu kakitangan hospital untuk lebih peka dengan sampel baharu yang dihantar ke kaunter penerimaan hospital tersebut.

Pengurus Pusat Kecemerlangan Tenaga Boleh Baharu (CERE) UniMAP, Profesor Madya Dr Baharuddin Ismail berkata, idea itu tercetus apabila melihat kaedah sedia ada mempunyai kelemahan tersendiri.

"Sekumpulan penyelidik daripada UniMAP melakukan lawatan ke Jabatan Patologi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah apabila melihat keperluan untuk menggunakan sistem pintar dalam kotak sampel darah.

“Memandangkan kotak sampel itu tidak mempunyai sebarang sistem penggera, maka petugas tidak mengetahui ada sampel baharu yang dihantar kerana tiada notifikasi," katanya.

Baharuddin berkata, pihaknya bersama barisan penyelidik memikirkan kaedah terbaik untuk memberi maklum kepada petugas bahawa ada sampel baharu di dalam kotak berkenaan maka inovasi dilakukan dengan mewujudkan sistem penggera.

Tambah Baharuddin, kotak penggera sampel berkenaan sudah dipasang di Jabatan Patologi HSB dan Hospital Kuala Nerang, Kedah.

"Melalui inovasi itu membolehkan kakitangan jabatan yang terlibat lebih peka apabila ada sampel dihantar ke kaunter penerimaan sekaligus membolehkan spesimen pesakit dianalisa dengan kadar segera demi kepentingan perawatan pesakit,” katanya.

Artikel Berkaitan: