Covid-19: MBJB lakukan sanitasi awam di 366 tempat

Pihak MBJB dan bomba melakukan proses sanitasi awam bagi mencegah penularan Covid-19 di Pasar Awam dan Terminal Bas Larkin Sentral di Larkin, Johor Bahru hari ini.
Pihak MBJB dan bomba melakukan proses sanitasi awam bagi mencegah penularan Covid-19 di Pasar Awam dan Terminal Bas Larkin Sentral di Larkin, Johor Bahru hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sudah melakukan kerja-kerja sanitasi awam di 366 tempat awam sekitar bandar raya ini dalam usaha mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Adib Azhari Daud berkata, proses tersebut melibatkan 51 masjid, 42 surau, lima pasar awam harian, lima taman awam, 19 jejantas serta 225 pondok hentian bas yang dilakukan sejak 18 Mac hingga kelmarin.

"Kerja-kerja disinfeksi ini akan diteruskan lagi dari semasa ke semasa bagi memastikan kesihatan dan keselamatan warga bandar raya Johor Bahru dipelihara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, hari ini pula, MBJB bersama bomba, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru serta Larkin Sentral Property Bhd menjalakan aktiviti dekontiminasi di Pasar Awam serta Terminal Bas Larkin Sentral di sini.

Jelasnya, kerja-kerja nyah kuman itu melibatkan 90 anggota selain turut melibatkan 40 kontraktor servis, wakil pengurusan dan Briged Waqaf Larkin Sentral yang bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari.

"Operasi ini dijalankan bertujuan untuk melaksanakan aktiviti disinfeksi di permukaan-permukaan yang berpotensi tercemar selaras dengan tatacara pembersihan dan disinfeksi di tempat awam yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan," katanya.

Selepas ini katanya, aktiviti kawalan akan dilaksanakan oleh pihak kontraktor secara berkala di pasar awam dan terminal tersebut bagi memastikan tempat tumpuan awam itu sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat.

Artikel Berkaitan: