Ingat boleh lepas ke?

Tiga lelaki ditahan selepas kenderaan dinaiki merempuh sekatan jalan raya di Bukit Bertam, Selama semalam.
Tiga lelaki ditahan selepas kenderaan dinaiki merempuh sekatan jalan raya di Bukit Bertam, Selama semalam.
A
A
A

SELAMA - Dua beradik antara tiga lelaki yang ditahan selepas kereta dinaiki merempuh sekatan jalan raya sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bukit Bertam di sini semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 3.30 pagi itu, anggota polis mengejar suspek selama 20 minit sebelum kenderaan jenis Honda Civic dinaiki mereka berjaya dihentikan di Jalan Batu 7.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Mohd Sabri Saad berkata, semakan lanjut ke atas kenderaan berkenaan menemui beberapa senjata tajam iaitu peralatan digunakan bagi aktiviti penyembelihan haiwan ternakan.

"Polis tidak menolak kemungkinan kumpulan ini cuba melakukan jenayah mencuri haiwan ternakan berdasarkan pergerakan mencurigakan mereka pada awal pagi selain penemuan senjata-senjata itu," katanya.

Menurutnya, semakan lanjut ke atas pasangan adik-beradik berkenaan menunjukkan masing-masing mempunyai empat dan sembilan rekod lampau termasuk kesalahan curi kenderaan dan menghalang tugas penjawat awam.

"Kesemua suspek berusia antara 25 hingga 27 tahun itu kini direman sehingga 10 April depan," katanya.

Polis terpaksa mengejar kenderaan dinaiki suspek sebelum berjaya menghentikan kenderaan itu di Jalan Batu 7.
Polis terpaksa mengejar kenderaan dinaiki suspek sebelum berjaya menghentikan kenderaan itu di Jalan Batu 7.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 dan 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Artikel Berkaitan: