X

Kindly register in order to view this article
!

Nadia, harimau Malaya betina dijangkiti Covid-19

Nadia, harimau Malaya betina berusia 4 tahun di Zoo Bronx, New York disahkan positif Covid-19.
A
A

NEW YORK - Seekor harimau di Zoo Bronx di New York positif Covid-19.

Menurut zoo itu semalam, Nadia, harimau Malaya betina berusia 4 tahun, sebelum itu mengalami batuk kering, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut kenyataan zoo, kakaknya Azul, dua harimau Amur dan tiga singa Afrika kini dipantau.

Keputusan itu disahkan oleh Makmal Perkhidmatan Veterinar Kebangsaan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat.

Harimau itu terdedah kepada penyakit itu selepas pekerja zoo disahkan positif Covid-19 tetapi tidak menunjukkan gejala semasa menjaga haiwan berkenaan.

"Tidak diketahui bagaimana penyakit ini boleh menjangkiti haiwan itu tetapi kami akan terus menjalankan pemantauan," kata pihak zoo.

Zoo Bronx ditutup kepada orang ramai sejak 16 Mac. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus