Pegawai polis tidak wajar dikenakan tindakan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperketatkan kawalan pada Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Kedua. - Foto Bernama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperketatkan kawalan pada Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Kedua. - Foto Bernama
A
A
A

Kita sedang berhadapan dengan musuh yang tidak nampak di mata dan ia boleh berada di mana-mana sahaja. Bahayanya musuh ini ia sudah membunuh lebih 60,000 orang dan menjangkiti jutaan penduduk dunia.

Amerika Syarikat yang merupakan kuasa besar dunia dan memiliki sistem kelengkapan senjata yang canggih mengungguli carta sebagai negara paling tinggi dijangkiti pandemik Covid-19 mengatasi China-negara wabak itu tercetus.

Bahkan pandemik itu mengubah norma-norma kehidupan masyarakat yang sibuk dengan urusan masing-masing kepada perintah berkurung di dalam rumah. Ia juga menggoncang sistem ekonomi hingga mengheret dunia ke lembah kemeseletan. Begitu besar kesan Covid-19 terhadap kehidupan manusia.

Semua sudah mengetahui begitu bahaya Covid-19 ke atas manusia, negara dan dunia. Seharusnya tindakan pihak berkuasa mengekang penularan wabak itu tidak perlu dipertikaikan selagi ia tidak mendatangkan mudarat yang lebih parah.

Misalnya, kes pegawai polis yang merotan lima remaja lelaki yang didapati mengingkari PKP ketika menjalankan operasi Covid-19 di Kunak, Sabah 1 April lalu dan anggota yang meninggikan suara terhadap lelaki yang diperiksa ketika sekatan jalan raya di Seri Kembangan, Selangor pada Khamis lalu.

Pegawai dan anggota tersebut tidak wajar dikenakan tindakan kerana mereka menguatkuasakan undang-undang bagi mengekang pandemik yang kesannya lebih besar berbanding kesan akibat dirotan.

Mereka juga mengorbankan diri berada di barisan hadapan yang amat berisiko dijangkiti penyakit, bekerja lebih masa dan meninggalkan keluarga masing-masing untuk memastikan rantaian jangkitan Covid-19 berjaya dihentikan.

Oleh itu ketegasan polis wajar dikekalkan kerana kita sudah pasti tidak mahu melihat pencegahan pandemik ini dilakukan dengan sambil lewa, pujuk-memujuk dan bersopan-santun sedangkan kes kematian dan positif makin meningkat setiap hari.

Artikel Berkaitan: