Malaysia turun ranking kes Covid-19 terbanyak dunia

Pemandangan dari udara di Plaza Tol Jalan Duta di kedua-dua arah yang kelihatan lengang ketika tinjauan pada hari ke-18 penguatkuasaan PKP bagi mencegah penularan COVID-19 di negara ini. Foto: Bernama
Pemandangan dari udara di Plaza Tol Jalan Duta di kedua-dua arah yang kelihatan lengang ketika tinjauan pada hari ke-18 penguatkuasaan PKP bagi mencegah penularan COVID-19 di negara ini. Foto: Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia terus mencatatkan penurunan kedudukan dalam senarai negara-negara dijangkiti pandemik koronavirus (Covid-19) terbanyak di seluruh dunia apabila negara kini menghuni tangga ke-30 semalam (5 April) berbanding tangga ke-17 pada 19 Mac lalu.

Berdasarkan data statistik John Hopkins University setakat lewat petang semalam, beberapa negara lain seperti Chile, Denmark dan India sudah mula mengatasi negara Malaysia yang sehingga kini mencatatkan keseluruhan kes jangkitan Covid-19 sebanyak 3,662 orang.

Kedudukan terkini itu sekali gus menunjukkan usaha keras Malaysia membendung pandemik Covid-19 melalui inisiatif pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mula menampakkan keberkesanan memberangsangkan.

Hakikat itu disokong Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi/Biostatistik) Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan dari Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman yang menegaskan trend terkini statistik kes jangkitan Covid-19 di Malaysia sudah mula menunjukkan keluk mendatar dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.