'Terpulang kepada mereka, terima atau tolak'

Norya Abas
Norya Abas
A
A
A

LIPIS - Terpulang kepada tok-tok batin di negara ini untuk menerima atau menolak permohonan maaf yang dibuat oleh Ahli Dewan Negara, Senator Bob Manolan Mohd.

Pengerusi Batin-Batin Pahang, Norya Abas berkata, pihaknya berharap perkara tersebut tidak berulang yang disifatkan satu penghinaan buat mereka.

"Bagi saya memohon maaf itu satu hal, terpulang kepada batin-batin hendak terima atau pun tidak dan kami mahu jaminan tiada lagi penghinaan kepada batin-batin.

[ ARTIKEL BERKAITAN: PRK Cameron Highlands: Lapan laporan polis setakat ini ]

"Jawatan mereka ini bukan jawatan parti politik kenapa kita hendak heret mereka dalam kancah politik pula," katanya di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Bob Manolan mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan memberi amaran kepada tok batin supaya menyokong calon PH dalam PRK Parlimen Cameron Highlands yang berlangsung pada 26 Januari ini.

Beliau juga didakwa menyatakan golongan terbabit akan berdepan risiko kehilangan jawatan jika tidak memberikan sokongan kepada calon PH dalam PRK tersebut sehingga mengundang kecaman pelbagai pihak.

Dalam perkembangan terbaharu, Bob Manolan semalam memohon maaf kepada semua tok batin dan pihak yang tersinggung dengan kenyataannya.

Artikel Berkaitan:

Menurut Bob Manolan, beliau tiada niat menyinggung perasaan mereka jauh sekali menimbulkan ugutan sedangkan beliau sendiri mempertahankan institusi itu sejak dahulu lagi.