Covid-19: Jumlah pesakit sembuh melepasi angka 1,000

Noor Hisham
Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Situasi koronavirus (Covid-19) di negara ini menunjukkan perkembangan baik apabila jumlah keseluruhan pesakit yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj dari wad melepasi 1,000 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 90 kes pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah 1,005 kes iaitu 27.44 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini. -Bernama

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: