Remaja lemas ketika mandi di Air Terjun Gunung Ledang

TANGKAK – Seorang remaja lelaki lemas ketika bermandi-manda bersama dua lagi rakannya di Air Terjun Gunung Ledang di sini pada petang Rabu.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Fazlan Maraman berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 5.27 petang.
“Setibanya pasukan di lokasi, didapati mangsa, Muhammad Zaffran Abu Samah, 15, telah terjatuh dan lemas.

“Mangsa ditemui orang awam yang menyedari kejadian sebelum anggota bomba tiba dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.
Ujarnya, pasukan operasi bertindak memantau lokasi sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.28 petang,” katanya.
Ringkasan AI
- Seorang remaja lelaki lemas ketika mandi di Air Terjun Gunung Ledang.
- Panggilan kecemasan diterima pada jam 5.27 petang oleh BBP Tangkak.
- Mangsa dikenali sebagai Muhammad Zaffran Abu Samah, 15 tahun.
- Orang awam menemui mangsa yang sudah meninggal sebelum anggota bomba tiba.
- Operasi tamat dan mangsa diserahkan kepada polis pada jam 6.28 petang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

