Remaja nyaris lemas ketika mandi di Pantai Sepat

PEKAN- Tindakan pantas pasukan petugas penyelamat pantai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menyelamatkan seorang remaja lelaki dari lemas di Pantai Sepat, di sini pada Sabtu.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pekan, Kapten Pertahanan Awam (PA) Ahmad Azmi Hanafiah berkata, kejadian menimpa remaja berusia 13 tahun itu berlaku kira-kira jam 2.30 petang.
Menurutnya, petugas penyelamat pantai menerima laporan mengenai kes lemas yang berlaku berhampiran Menara B daripada orang awam yang berada di lokasi kejadian.
"Anggota terlibat bergegas ke lokasi dan turun ke dalam air untuk menyelamat dengan menarik mangsa ke pinggir pantai.
"Bantuan awal telah diberikan sebelum remaja terbabit dibawa ahli keluarga ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
"Ketika diselamatkan,mangsa masih sedar tetapi keadaannya lemah dan agak trauma," katanya.
Ahmad Azmi berkata, operasi ditamatkan jam 3.10 petang.
Ringkasan AI
- Tindakan pantas APM menyelamatkan remaja dari lemas di Pantai Sepat.
- Kejadian berlaku pada jam 2.30 petang, melibatkan remaja 13 tahun.
- Laporan diterima berhampiran Menara B oleh orang awam.
- Mangsa ditarik ke pantai dan diberi bantuan awal.
- Operasi penyelamatan berakhir pada jam 3.10 petang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

