Dua pelajar dikhuatiri lemas ketika mandi sungai di Jerantut

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Dua pelajar dikhuatiri lemas dipercayai dihanyutkan arus ketika mandi di sungai Kampung Durian Hijau, Jerantut pada Jumaat.
Mangsa, Muhammad Amirul AshrafAbdullah dan Muhammad Danial Haikal Shamsudin, masing-masing berusia 14 tahun yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 24.
Pegawai Perhubungan Awam.Jabatan.Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan awal dari orang awam berhubung kejadian jam 4.49 petang.
Menurutnya, berdasarkan maklumat diterima, dua remaja itu dikhuartiri lemas di lokasi semasa mandi bersama rakan-rakannya.
"Sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"SAR akan dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Bukit Angin, Temerloh," katanya.
Zulfadli berkata, operasi SAR dimulakan dengan pencarian di permukaan air di lokasi dengan bantuan orang kampung.
"Pasukan PPDA Bukit Angin ke lokasi bagi bantuan mencari dan menyelamat mangsa," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

