Guna berus bulu babi bersihkan peralatan, sijil halal kilang kopi dan biskut ditarik

Berus yang digunakan untuk membersihkan peralatan kilang.
Berus yang digunakan untuk membersihkan peralatan kilang.
A
A
A

MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menarik sijil halal sebuah kilang memproses kopi dan biskut di negeri ini selepas disyaki menggunakan berus bulu babi dalam kerja pembersihan peralatan kilang.

Kesalahan itu dikesan ketika pemeriksaan dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Halal JAIM pada Januari lalu yang mendapati pekerjanya menggunakan berus yang diperbuat daripada bulu haiwan tersebut untuk membersihkan peralatan berkenaan.

Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat berkata, kilang berkenaan yang telah beroperasi lebih 10 tahun merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Menerusi pemeriksaan itu, JAIM merampas berus berkenaan untuk dihantar ke Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.

JAIM merampas berus berkenaan untuk dihantar ke MyHAC di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.
JAIM merampas berus berkenaan untuk dihantar ke MyHAC di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.

“Hasil keputusan analisis pada Mac lalu kemudiannya mengesahkan berus berkenaan mempunyai ciri-ciri fizikal bulu babi, menyebabkan sijil halal SPHM kilang itu ditarik serta-merta,” katanya pada Rabu.

Beliau berkata, JAIM menolak alasan bahawa pekerja itu tidak mengetahui penggunaan berus berasaskan bulu haiwan di dalam kilang memproses makanan tersebut merupakan satu kesalahan.

“Ini kerana setiap pemegang SPHM JAKIM wajib mematuhi piawaian halal yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

“Pemegang sijil halal tidak boleh sambil lewa dan perlu sentiasa memastikan setiap aspek operasi mematuhi garis panduan halal yang ketat,” jelasnya.

Ujar beliau, JAIM akan terus mempergiatkan pemantauan terhadap semua premis pemegang SPHM bagi memastikan integriti pensijilan halal terus terpelihara.

Beliau turut menasihatkan umat Islam agar lebih peka dalam memilih produk makanan dengan mengutamakan barangan yang diperakui halal oleh JAKIM yang lebih terjamin dari segi hukum dan kebersihan.

Ringkasan AI

  • JAIM menarik sijil halal sebuah kilang di Melaka kerana menggunakan berus bulu babi.
  • Pemeriksaan oleh Bahagian Pengurusan Halal JAIM mendapati pekerja menggunakan berus bulu babi.
  • JAIM menghantar berus tersebut untuk analisis di MyHAC yang mengesahkan penggunaan bulu babi.
  • JAIM menolak alasan kilang tidak tahu penggunaan berus bulu haiwan adalah salah.
  • JAIM akan terus memantau premis SPHM dan menasihatkan umat Islam memilih produk yang diiktiraf halal oleh JAKIM.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!