Polis Selangor akan sediakan terowong nyah cemar di IPD, IPK

Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor Asisten Komisioner Mohd Ismail Muslim pada sidang media berkaitan Ops Covid-19 di IPK Selangor, hari ini. -Foto Bernama
Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor Asisten Komisioner Mohd Ismail Muslim pada sidang media berkaitan Ops Covid-19 di IPK Selangor, hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Selangor akan menyediakan terowong nyah cemar di semua ibu pejabat polis daerah (IPD) dan negeri untuk kegunaan anggotanya yang bertugas melakukan rondaan dan sekatan jalan raya serta mereka yang mempunyai urusan dengan pihak polis.

Jurucakap Op Covid-19 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Komisioner Ismail Muslim, berkata Jabatan Logistik dan Teknologi Polis Kontinjen Selangor telah membuat permohonan untuk membeli 10 set berkenaan dan sedang menunggu kelulusan daripada Bukit Aman.

"Terowong nyah cemar ini penting terutamanya buat pegawai kami yang melakukan tugasan rondaan dan sekatan jalan raya agar mereka tidak terkena jangkitan Covid-19.

"Ia juga memandangkan Selangor merupakan negeri tertinggi yang merekodkan kes jangkitan Covid-19," katanya, dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail berkata pihaknya telah menutup 34 jalan alternatif di lapan daerah yang telah dikenal pasti digunakan oleh orang ramai bagi mengelak sekatan jalan raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, pihaknya juga sedang mengawasi jalan alternatif lain yang sering digunakan oleh pengguna jalan raya dan akan bertindak menutup jalan berkenaan sekiranya orang ramai masih enggan mematuhi perintah berkenaan.

Artikel Berkaitan: