Dua remaja lemas ketika mandi di sungai

KOTA KINABALU - Dua remaja ditemukan lemas ketika mandi di sungai berhampiran sebuah lokasi penginapan di Mandalipau, Papar, pagi Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 10.10 pagi sebelum sepasukan lapan anggota tiba di lokasi pada 10.50 pagi yang terletak 31 kilometer dari balai.
Mangsa ialah seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dan seorang lelaki berusia 18 tahun, yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Komander Operasi melaporkan mangsa telah ditemukan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.
Operasi yang turut melibatkan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan KKM ditamatkan sepenuhnya pada 1 tengah hari. - Bernama
Ringkasan AI
- Dua remaja lemas ketika mandi di sungai di Mandalipau, Papar.
- Panggilan kecemasan diterima pada 10.10 pagi, 31 kilometer dari Balai Bomba Papar.
- Mangsa seorang remaja perempuan 15 tahun dan lelaki 18 tahun disahkan mati di lokasi.
- Mangsa ditemukan oleh orang awam sebelum bomba tiba.
- Operasi melibatkan polis, APM dan KKM, ditamatkan pada 1 tengah hari.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
