Bazar Ramadan KL: Tunggu Khamis ini...

Annuar menjawab soalan berkaitan bazar Ramadan KL oleh seorang pengguna Twitter hari ini.
Annuar menjawab soalan berkaitan bazar Ramadan KL oleh seorang pengguna Twitter hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa akan menjelaskan status bazar Ramadan di Kuala Lumpur, Khamis ini.

"Just wait till Thusday (Tunggu Khamis ini)," tulisnya di Twitter sebentar tadi.

Ia sebagai menjawab persoalan seorang pengguna Twitter, Rahah Ghazali yang meminta penjelasan daripada Ahli Parlimen Katereh itu sebab Kuala Lumpur tidak membatalkan bazar Ramadan.

"Boleh jelaskan kenapa lima negeri Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan Selangor boleh batalkan bazar Ramadan, kenapa tidak KL?," memetik komen ditinggalkannya.

Pagi ini, Annuar memaklumkan Wilayah Persekutuan akan menggunakan empat konsep baharu perniagaan ketika Ramadan dan Aidilfitri.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsep baharu untuk bazar Ramadan tahun ini

Bazar Ramadan di KL perlu dibatalkan: AMM

"InsyaALLAH empat konsep baharu akan saya umumkan Khamis ini serta insentif (untuk) menggalakkannya.

Artikel Berkaitan:

"KKM baru saja mengeluarkan saranan bahawa harus dielakkan sebarang himpunan dan kesesakan antara enam bulan ke setahun.

"Bermakna, kita perlu atur semua aktiviti penguasa tempatan di Wilayah Persekutuan agar selari dengan panduan tersebut. Insya-ALLAH minggu ini kita perkenalkan beberapa konsep baharu," katanya menerusi ciapan Twitter.

Annuar sebelum ini mengingatkan peniaga supaya tidak terlalu berharap bazar Ramadan tahun ini berjalan seperti biasa susulan Covid-19 yang terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan dan garis panduan pematuhan oleh KKM.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut menyeru masyarakat untuk tidak menyertai sebarang perhimpunan dalam tempoh enam bulan hingga setahun sebagai salah satu langkah mengurangkan risiko jangkitan.