Lelaki warga India didakwa bunuh rakan senegara

Seorang lelaki warga India dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegara di Kepong dua minggu lepas.
Seorang lelaki warga India dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegara di Kepong dua minggu lepas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga India dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegara di Kepong di sini, dua minggu lepas.

Gelandangan S Thangaraju, 53, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa membunuh Paleni, 60, di kaki lima lorong jalan belakang bangunan sebuah kedai cermin mata di Jalan Lang Kuning, Taman Sri Sinar, Kepong antara 11.33 hingga 11.47 malam 17 Mac.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh manakala lelaki itu tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 10 Jun untuk sebutan semula kes bagi laporan bedah siasat dan patologi. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki India dituduh membunuh rakan senegara di Kepong.
  • Pertuduhan dibacakan dalam mahkamah, tetapi tiada pengakuan direkodkan.
  • Kejadian berlaku pada 17 Mac di kaki lima jalan di Taman Sri Sinar.
  • Pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan hukuman mati.
  • Sebutan semula kes pada 10 Jun untuk laporan bedah siasat dan patologi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!