Langgar hingga melambung, lelaki didakwa bunuh penunggang motosikal
01 April 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Seorang lelaki yang tular dalam kemalangan sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal melambung dan terjatuh di atas sebuah kereta, didakwa di Mahkamah Majistret Klang pada Rabu, masing-masing satu pertuduhan membunuh dan kes dadah, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
R Saktygaanapathy, 28, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan kes bunuh dibacakan di hadapan Majistret, A Karthiyayini.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #perbicaraanpenunggangmotosikalmautdirempuhpemandumabuk #kesjenayah
