Nurul Izzah nafi letak jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah
Nurul Izzah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Nurul Izzah Anwar menafikan dakwaan kononnya beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, dakwaan berhubung perkara tersebut adalah tidak benar dan mengesahkan bahawa beliau masih menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh parti.

"Saya kekal menjalankan amanah ini selaras dengan tanggungjawab dan proses parti serta tiada sebarang perubahan dalam struktur kepimpinan.

"Saya menghargai keprihatinan semua pihak dan menggalakkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan maklumat yang tidak disahkan serta sentiasa merujuk kepada kenyataan rasmi parti bagi mendapatkan maklumat yang sahih,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Spekulasi Nurul Izzah mengosongkan jawatan Timbalan Presiden PKR tular di media sosial baru-baru ini sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan parti.

Anak kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dipilih sebagai Timbalan Presiden parti berkenaan bagi penggal 2025-2028 pada pemilihan tahun lepas apabila menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli dalam pertandingan satu lawan satu. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Nurul Izzah Anwar menafikan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR. Beliau masih menjalankan tanggungjawab dan tiada perubahan dalam struktur kepimpinan. Nurul Izzah meminta orang ramai merujuk maklumat yang sahih dari kenyataan rasmi parti. Spekulasi perletakan jawatan beliau tular di media sosial baru-baru ini. Nurul Izzah dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR bagi penggal 2025-2028.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!