Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri

MetMalaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri. Gambar hiasan
MetMalaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ramalan cuaca buruk itu melibatkan Kulim dan Bandar Baharu di Kedah diikuti keseluruhan Pulau Pinang, Kerian, Manjung, Bagan Datuk serta Larut, Matang dan Selama di Perak; dan Pontian, Kulai serta Johor Bahru di Johor.

Amaran itu turut membabitkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) di Sarawak serta Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau dan Kudat di Sabah.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” menurut MetMalaysia.

MetMalaysia memaklumkan bahawa amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri
  • Ramalan cuaca buruk itu melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Sarawak dan Sabah
  • Amaran dikeluarkan apabila intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam
  • Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam
  • MetMalaysia memaklumkan tentang adanya tanda-tanda ribut petir

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!