Sultan Selangor titah 'Rakyat Selangor Berdoa' hingga 23 April

Poster pemakluman mengenai program #RakyatSelangorBerdoa.
Poster pemakluman mengenai program #RakyatSelangorBerdoa.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar program #RakyatSelangorBerdoa yang dianjurkan di seluruh masjid dan surau di negeri itu diteruskan.

Menerusi kemas kini di laman Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharifuddin menitahkan agar program itu dilaksanakan pada setiap Isnin dan Khamis, jam 8.50 malam sehingga 23 April ini.

"Sultan Selangor telah menitahkan agar bacaan doa dan munajat menerusi program #RakyatSelangorBerdoa di masjid dan surau di negeri Selangor diteruskan setiap Isnin dan Khamis jam 8.50 malam sehingga 23 April 2020," menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Program #RakyatSelangorBerdoa mula dianjurkan pada 30 Mac lalu bagi memohon perlindungan ALLAH SWT daripada ancaman wabak koronavirus (Covid-19).

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad berkata, imam di masjid dan surau akan mengalunkan bacaan zikir dan doa menggunakan pembesar suara tanpa kehadiran jemaah di masjid dan surau.

Katanya, umat Islam yang ingin mengikuti bacaan zikir dan doa boleh menontonnya secara langsung di laman Facebook Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong.

Artikel Berkaitan: