Istana Arau akan laksanakan solat sunat Al-Istisqa’ di Dataran Istiadat esok

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, solat sunat Al-Istisqa’ bagi memohon hujan akan diadakan di Dataran Istiadat pada jam 8 pagi esok.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, solat sunat Al-Istisqa’ bagi memohon hujan akan diadakan di Dataran Istiadat pada jam 8 pagi esok.
A
A
A

KANGAR - Istana Arau akan melaksanakan solat sunat Al-Istisqa’ bagi memohon hujan di Dataran Istiadat pada jam 8 pagi esok.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, para jemaah yang akan datang dinasihatkan untuk menggunakan payung dari kenderaan ke dataran itu dan membawa sejadah masing-masing serta telah siap berwuduk dari rumah.

"Di samping turut menjaga kesihatan dengan memakai pelitup muka bagi yang mempunyai keuzuran kesihatan," titah baginda menerusi kenyataan dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Sementara itu, baginda yang merupakan Yang Dipertua MAIPs bertitah, bagi pelaksanaan di masjid seluruh negeri, Doa Al-Istisqa' akan dilaksanakan ketika Khutbah Jumaat yang akan dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Perlis bermula 27 Mac ini sehingga tempoh dimaklumkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

"Sebarang persoalan berkaitan pengurusan pelaksanaan Solat Al-Istisqa’, sila hubungi pihak JAIPs melalui talian 04-9794400 atau berinteraksi melalui hantaran peribadi di laman Facebook MAIPs," titah Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Dalam pada itu, berdasarkan Facebook rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini, kemas kini status cuaca panas setakat jam 6 pagi tadi, terdapat 16 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) termasuk Perlis. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Istana Arau akan melaksanakan solat sunat Al-Istisqa' bagi memohon hujan di Dataran Istiadat
  • Para jemaah dinasihatkan menggunakan payung dari kenderaan ke dataran dan membawa sejadah serta siap berwuduk dari rumah
  • Para jemaah yang mempunyai keuzuran kesihatan disarankan memakai pelitup muka
  • Doa Al-Istisqa' akan dilaksanakan ketika Khutbah Jumaat di masjid seluruh negeri Perlis mulai 27 Mac sehingga dimaklumkan JAIPs
  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengemas kini status cuaca panas dengan 16 kawasan di Semenanjung Malaysia termasuk Perlis berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!