X

Kindly register in order to view this article
!

Cuepacs harap pinjaman perumahan penjawat awam dapat penangguhan

Adnan Mat
A
A

SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi memohon kerajaan dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) menangguhkan sementara pembayaran balik pinjaman perumahan penjawat awam.

Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata, kongres itu berpendapat penangguhan wajar selari dengan penangguhan bayaran balik pinjaman atau moratorium selama enam bulan yang dilakukan oleh institusi perbankan.

“Cuepacs mengambil maklum keluhan dan harapan ramai penjawat awam termasuk kesatuan-kesatuan pekerja perkhidmatan awam yang mahu penangguhan bayaran pinjaman kepada LPPSA. Harus diingatkan tidak semua penjawat awam di negara ini mempunyai pasangan yang bekerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Cuepacs berharap keluhan dan permintaan penjawat awam mendapat pertimbangan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan LPPSA kerana perkara itu kesatuan itu telah membuat permohonan sebelum pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat pada 27 Mac lalu.

“Walaupun permohonan ini sedikit sebanyak memperlahankan sumber dana LPPSA namun diharapkan kerajaan melalui bank dan institusi kewangan dapat membantu mengukuhkan aliran tunai LPPSA.

"Cuepacs yakin penangguhan ini akan memperkukuhkan semula pergerakan ekonomi dalam negara,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!